Semasa dibangku pengajian aku di Skudai dulu...perjalanan solo aku dari Skudai ke kampung halaman aku di Bera adalah rutin. Berbekalkan jaket kulit warna kelabu pemberian abang aku dan sebijik kapchai, selalunya aku memulakan perjalanan selepas subuh dan tiba di kampung aku lewat petang, kadang-kadang terbabas sampai senja menjelang. Bermula dari Skudai melalui Yong Peng kemudian Segamat ke Gemas, Bahau, Kemayan hinggalah ke Bera. Rasanya adalah dalam 300 km. Lebih 2 marhalah. Panorama standard yang mengiringi perjalanan aku adalah estet kelapa sawit dan ladang getah. Alhamdulillah! Sepanjang tempoh tersebut, perjalanan lancar dan memuaskan.Selalunya, tempat yang paling aku tunggu-tunggu nak lalu ialah Desa Temu Jodoh dekat Chaah, Yong Peng. Selain daripada nama tempat yang unik, aku jeling-jeling jugak kot-kot ada gadis tengah tunggu bas yang ditakdirkan bertemu jodoh dengan aku. Tapi...hampas kelapa!!! takde jodoh aku kat situ. Setiap kali Ramadhan tiba, pasti aku tak lupa perjalanan...