Posts

Mana Satu?

Ada satu papan tanda di Pejabat Tanah/Daerah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi, Selangor yang tertera ungkapan daripada Professor Ungku Aziz seperti berikut: 1. Rajin Bercakap, Rajin Bekerja = Bagus Sekali. 2. Rajin Bekerja, Malas Bercakap = Kena Buli. 3. Malas Kerja, Rajin Bercakap = Wayang Cina. 4. Malas Bekerja, Malas Bercakap = Tak Guna. 5. Malas Bekerja, Suka Mengadu = Nyanyuk. 6. Malas Bekerja, Suka Ponteng = Baik Berhenti. 7. Malas Bekerja, Suka Menyibuk = Baik Mati. Agak2 mana satu katogeri kita....

Semalam di puncak Kilimanjaro

Suatu pagi yang nyaman. Firdaus menghirup secangkir teh hijau dan menjamah sekeping roti. Beliau perlu segera memulakan perjalanan.... Bermula dikaki Kilimanjaro, beliau tekun meniti dan mendaki setiap denai dan lurah untuk ke puncak...sesekali beliau berhenti mengelap peluh yang menitis. Terpacak mentari diatas kepalanya tatkala beliau berhenti ditepi terjunan air yang mendingin. Berwudhuk menunaikan solat jamak zohor dan asar.... Seketika melepaskan lelah...beliau meneruskan perjalanan.... Mentari mula memancar redup jingga menyelinap diufuk tatkala beliau tiba dipuncak... Sayup suara azan memuji kebesaran Allah, Rasullah dan memanggil menyembahNya serta meniti kejayaan. Firdaus tercari-cari punca talun suara azan tersebut... Terpinga beliau tatkala melihat susuk berjubah putih tegak mengalun azan.... Selepas menunaikan Maghrib berjemaah....Firdaus berbicara dengan orang berjubah putih itu. "Siapa nama saudara? Apa pula gerangan saudara dipuncak ini". "Panggil saja ham...

EPL

Semalam berakhirlah musim EPL 2009/2010. Chelsea memuktamadkan kejuaraan selepas menewaskan Wigan 8-0 di Stamford Brigde. Tempat ke-7 EPL, separuh akhir Liga Europa dan tempat ke-3 peringkat kumpulan liga juara-juara Eropah bukanlah suatu yang buruk buat Liverpool musim ini. Persembahan yang tidak konsisten musim ini dan kehilangan ramai tonggak akibat kecederaan dan penghijrahan membuatkan The Reds harus segera keluar ke alam nyata untuk mencabar kembali kejuaraan EPL musim 2010/2011. Lupakan sejenak kehangatan EPL, mari kita ke Afrika Selatan pula..... Selamat maju jaya.

Coretan

Image
Kalau pergi ke Kuala Kubu Jangan lupa singgah Batang Kali Fikir dan timbang dengan ilmu Supaya tidak menyesal kemudian hari

Anak-anak kita...

Sejak kebelakangan ini..banyak kisah yang meruntun hati kita sebagai ibu atau bapa...kisah2 penderaan anak-anak, pembuangan bayi dan sebagainya amat memilukan. Tidak perlu rasanya untuk diperincikan sekali lagi. Anak-anak adalah anugerah Allah Taala untuk kita sebagai ibu bapa. Sebagai ujian untuk kita. Menjadi tanggungjawab kita untuk mendidik dan menjadikan mereka insan yang beriman kepada Allah Taala. Berjasa kepada agama, bangsa dan negara. Bagaimana? Jawapannya ada disetiap detik dan langkah kita setiap hari dan ketika. Semoga kita kekal tabah dan optimis. Insya Allah! Berkat mesti mariiiiiiii.....

Pulau Impian

Impian diimpi dan dimimpi sekalian... Ketenangan...kesempurnaan...kebahagiaan... Hadir bersama keinginan dan harapan... Hilang bersama ketidaksampaian dan kekecewaan... Namun diruangkan iltizam dan kudrat... Bertawakal akhir qadak dan qadar... Impian menjadi kenyataan... Bila bermimpi ke Pulau Impian... Semoga tidak sesat didaratan... Tidak lemas dilautan....

Balik Kampung

Image
Kampung halaman yang sudah terlalu lama aku tinggalkan... Aku rindu untuk mengail baung, terbul dan tenggalan... Aku rindu menghirup hembusan bayu segar desa tenteram... Aku rindu terjaga subuh hari dengan kokokan ayam... Aku rindu senja damai berkicauan burung... Semoga terubat rindu-rindu...