Posts

Ramadhan

Image
Lapar dan dahaga... Bernasib baik hanya hingga terbenamnya mentari... Kerana ada yang tidak pasti.... Dapat meneguk setitis air atau menjamah seulas kurma.... Tatkala menjelang senja... Berkat dan rahmat Ramadhan... Sesungguhnya tidak pernah mengenal darjat... Tetap sama di sisi Yang Esa... Salam Ramadhan Al-Mubarak!

Puyuh

Puyuh... Kelibatmu cukup tangkas... Bukan sebarang orang boleh tangkap... Silap2...puyuh tak dapat...tangan bau tahi... Puyuh... Dagingmu orang kata sedap... Lebih sedap daripada rusa... Namun...Puyuh... Sering dikait dengan gelabah... Sikap dan perbuatan yang tak tentu hala... Buat orang sekeliling porak peranda... Namun Puyuh tidaklah segelabah mana... Hanya orang tertentu sahaja yang digelar "Gelabah Puyuh"... Lebih teruk daripada burung Puyuh itu sendiri.... * ditepi paya Lorong Tempunai...menunggu sekor burung puyuh...

Sahabat

Terima Kasih! Kerana redha dengan Qada dan Qadar. Kerana menerima hakikat hidup, walaupun sepahit hempedu. Terima Kasih! Kerana teguhnya iman berpandukan enamnya rukun. Kerana mendalami dan memahami islam dengan rukun yang lima. Sahabat! Sesungguhnya hakikat ada hikmah disebalik. Seperti bertukarnya kiblat dari Al-Aqsa ke Masjidil Haram. Seperti tumpasnya tentera islam di Bukit Uhud. Wassalam!

Mana Satu?

Ada satu papan tanda di Pejabat Tanah/Daerah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi, Selangor yang tertera ungkapan daripada Professor Ungku Aziz seperti berikut: 1. Rajin Bercakap, Rajin Bekerja = Bagus Sekali. 2. Rajin Bekerja, Malas Bercakap = Kena Buli. 3. Malas Kerja, Rajin Bercakap = Wayang Cina. 4. Malas Bekerja, Malas Bercakap = Tak Guna. 5. Malas Bekerja, Suka Mengadu = Nyanyuk. 6. Malas Bekerja, Suka Ponteng = Baik Berhenti. 7. Malas Bekerja, Suka Menyibuk = Baik Mati. Agak2 mana satu katogeri kita....

Semalam di puncak Kilimanjaro

Suatu pagi yang nyaman. Firdaus menghirup secangkir teh hijau dan menjamah sekeping roti. Beliau perlu segera memulakan perjalanan.... Bermula dikaki Kilimanjaro, beliau tekun meniti dan mendaki setiap denai dan lurah untuk ke puncak...sesekali beliau berhenti mengelap peluh yang menitis. Terpacak mentari diatas kepalanya tatkala beliau berhenti ditepi terjunan air yang mendingin. Berwudhuk menunaikan solat jamak zohor dan asar.... Seketika melepaskan lelah...beliau meneruskan perjalanan.... Mentari mula memancar redup jingga menyelinap diufuk tatkala beliau tiba dipuncak... Sayup suara azan memuji kebesaran Allah, Rasullah dan memanggil menyembahNya serta meniti kejayaan. Firdaus tercari-cari punca talun suara azan tersebut... Terpinga beliau tatkala melihat susuk berjubah putih tegak mengalun azan.... Selepas menunaikan Maghrib berjemaah....Firdaus berbicara dengan orang berjubah putih itu. "Siapa nama saudara? Apa pula gerangan saudara dipuncak ini". "Panggil saja ham...

EPL

Semalam berakhirlah musim EPL 2009/2010. Chelsea memuktamadkan kejuaraan selepas menewaskan Wigan 8-0 di Stamford Brigde. Tempat ke-7 EPL, separuh akhir Liga Europa dan tempat ke-3 peringkat kumpulan liga juara-juara Eropah bukanlah suatu yang buruk buat Liverpool musim ini. Persembahan yang tidak konsisten musim ini dan kehilangan ramai tonggak akibat kecederaan dan penghijrahan membuatkan The Reds harus segera keluar ke alam nyata untuk mencabar kembali kejuaraan EPL musim 2010/2011. Lupakan sejenak kehangatan EPL, mari kita ke Afrika Selatan pula..... Selamat maju jaya.

Coretan

Image
Kalau pergi ke Kuala Kubu Jangan lupa singgah Batang Kali Fikir dan timbang dengan ilmu Supaya tidak menyesal kemudian hari