Posts

Korban

Kehidupan selalu menuntut pengorbanan. Harta benda, masa, kesenangan, kesihatan, ketenangan. Pengorbanan yang wajar. Pengorbanan untuk mencari kebahagiaan... ..untuk mencipta kesempurnaan. ..untuk menegakkan keadilan. Apa saja. Cuma...pastikan ianya wajar dan tepat tujuannya. Kerana ada pengorbanan yang membawa kecelakaan. yang memercikan kesengsaraan... yang menerbitkan kemarahan dan kecelakaan... Semoga arah tujuan kita tetap satu... Mencari keredhaanNya. Tiada lain yang lebih pasti. Salam Aidil Adha!

Statistik

Image
Sebelum perlawanan Liverpool vs Chelsea di Anfield awal pagi semalam, Liverpool ketinggalan 13 mata, defisit 26 gol dan hampir 13 tempat ke bawah carta berbanding pasukan pendahulu Barclays EPL tersebut. Hanya 1% dari jutaan peminat seluruh dunia yang mengikuti perkembangan EPL meramal bahawa The Reds akan menewaskan The Blues. Statistik di atas membenarkan segala-galanya. Namun, dua jaringan pada minit ke-11 dan ke-44 oleh penyerang opurtunistik, Fernando Torres meletakkan Liverpool hampir di landasan sempurna untuk kembali sebagai pasukan yang digeruni. Untuk rekod, ini adalah kekalahan ke-2 Chelsea musim ini selepas 11 perlawanan, dimana jaringan tunggal Carlos Tevez merekodkan kekalahan pertama Chelsea di Eastland sebelum ini. Liverpool, sekurang-kurangnya telah berada dilandasan paling betul untuk meneruskan cabaran. Kemenangan ke-4 berturut-turut ini seharusnya memberi motivasi dan semangat yang lebih untuk The Reds terus memberi yang terbaik. Teruskan perjuangan.

Diam

Andaikata kata-kata boleh membuat orang marah dan tidak selesa... Andaikata kata-kata tanpa fakta dan membuatkan si pelantun kata nampak "bongok"... Andaikata tiada "kredibiliti" untuk berkata-berkata... Andaikata kata-kata tidak pernah dipeduli sesiapa... Lebih baik DIAM!

Motivasi

Image
(Petikan akhbar Utusan Malaysia - 15.10.2010) Tertanam di perut bumi sedalam hampir 700 meter selama lebih kurang 70 hari... Terperangkap dalam ruang yang sempit dan gelap seramai 33 orang... Tanpa makanan dan segala keperluan yang mencukupi... Tanpa harapan yang pasti sama ada mereka berpeluang untuk keluar dan meneruskan kehidupan. Apabila selamat keluar dan bertemu dengan orang-orang yang tersayang...pasti ianya suatu nikmat yang tidak terhingga. Demikianlah sesuatu yang berlaku nun jauh di bumi Amerika Selatan, Chile. Mungkin sedikit pengajaran dan motivasi dapat kita ambil dari kejadian ini, untuk kita terapkan dalam kehidupan kita sehari-hari. 1. Kos untuk mengeluarkan mereka mungkin berjuta dollar, tapi itu tidak pernah dibangkitkan oleh pihak-pihak terbabit kerana mereka mengerti nyawa 33 orang tersebut lebih berharga dan penting dari wang berjuta-juta dollar. 2. Orang terakhir yang dibawa keluar menerusi kapsul khas adalah ketua pelo...

Jatuh.

Masa kecik-kecik dulu...basikal adalah medium pengangkutan aku adik beradik yang paling utama. Ke sekolah, mengaji atau pegi main bola petang-petang...selalunya kami berbasikal. Untuk ke jalanraya utama dari rumah, kami perlu menempuh jalan kebun getah dan semak samun di kiri kanan jalan. Selalunya kami akan terserempak dengan babi hutan, ular, arnab dan kalau bernasib baik sang kancil...syukur la...harimau atau gajah tak pernah kami jumpa dulu... Kitaorang mempunyai sebijik sorang basikal dan lazimnya kitaorang akan berlumba. Naluri kanak-kanak seperti kami dahulu, selalunya ingin mencuba sesuatu yang lain dari kebiasaan. Mungkin dah jemu menunggang basikal cara konvensional maka kami mencuba pelbagai gaya tunggangan. Hinggalah tiba disuatu petang yang hening...tatkala pulang dari mengaji...kami tergerak untuk menunggang basikal dengan tangan bersilang...tangan kiri pegang handle kanan dan sebaliknya...dengan kelajuan kira-kira 30km/j...akibatnya agak parah. Persilangan tangan tersebu...

Bangkit

Ada orang susah tapi dia hidup cara senang... Ada orang senang tapi dia hidup cara susah... Ada orang tak berapa nak senang tapi dia hidup dengan tenang... Ada juga orang yang memang senang tapi hidup tak pernah tenang... Apa-apa aje le... Bangkitlah kawan-kawan... Pilihan sebenarnya ada ditangan masing2...

Ramadhan

Image
Lapar dan dahaga... Bernasib baik hanya hingga terbenamnya mentari... Kerana ada yang tidak pasti.... Dapat meneguk setitis air atau menjamah seulas kurma.... Tatkala menjelang senja... Berkat dan rahmat Ramadhan... Sesungguhnya tidak pernah mengenal darjat... Tetap sama di sisi Yang Esa... Salam Ramadhan Al-Mubarak!