Posts

Nostalgika

Aku tersedar didinihari ini Bila terdengar laungan azan Madrashah Darul-Huda Mandi dinginnya air telaga Menyerah diri kepada Illahi Memohon ampun dan redhaNya Bersarapan jemput-jemput pisang Air tangan ayah pengganti arwah ibu Semenjak puluhan tahun tanpa jemu Kekadang menjamah enaknya Nasi lemak, keledek ubi rebus Berbekal semangat dinginnya pagi Aku meredah kabus diperkebunan getah Tugas selesai tatkala azan Zuhur sayup-sayup Laungan bilal surau Kampung Jeram Ular Sajian pucuk ubi celur dan sambal belacan Bersama lemak cili padi ikan haruan Menu sempurna sederhana Tatkala mentari condong ke barat Tubuh badan mula perlu rehat Sepicing dua mata terlelap Selepas sujud delapan dan empat rukuk Diwaktu asar memohon ampun dan redhaNya Bermain bola dipadang sekolah Kerayong Mempamer hebatnya rembatan tepat Tatkala senja mula menerpa Hari mula menarik tirai Semoga esok masih menjanjikan Keampunan dan keredhaanNya Itu...momen nostalgik Yang tidak mungkin...

Aku mahu pulang...

Nun jauh dipinggir bendang sana Ada anak sungai jernih mengalir laju Dipuncak bukit sana ada pohon rendang meranti Meredupi seluruh jangkauan dahan Ditepian paya terbentang memandang Ada anak bujuk mencari-cari induk Diperjalanan jauh hidup yang makin dekat ini Aku mahu pulang... Ke pangkal jalan Andai dihujung sana bukan milik aku!

Salah Anggap

Ada beberapa kejadian dalam hidup aku...aku rasa agak terkilan kerana disalah anggap dan dalam masa yang sama tidak berpeluang untuk menjelaskan kedudukan perkara yang sebenar. Salah satunya... Ketika itu, aku bersekolah di Sek.Men.Keb.Mengkarak...kira-kira 20 km dari Bandar Temerloh. Rasanya aku dalam tingkatan 2 dan menjadi ketua kelas. Pada suatu hari, ketika sedang bergurau senda dengan rakan-rakan diwaktu rehat, entah macamana aku terjatuh dan seluar aku terkoyak dibahagian punggung...hahahaha... Jadi...kalau nak berjalan kemana-mana aku kena lindungi dengan beg sekolah..kalo tak...haru diketawakan... Nak dijadikan cerita, semasa sesi pembelajaran bersambung...tiba-tiba seorang guru menyuruh aku mengambil buku di bilik guru. Keadaan menjadi agak cemas...tak kan aku nak berjalan dan bawak beg sekali...nanti cikgu ingat aku nak balik rumah pulak... Akhirnya, aku meminta seorang rakan untuk pergi membantu mengambil buku tersebut. Air muka cikgu itu berubah tetapi ak...

Peluang

Kita sering diberi pelbagai pilihan Untuk kita menilai teliti dengan fikiran Supaya pilihan menjadi peluang Mencapai kejayaan cemerlang

Pergi Selamanya

Kawan Engkau pergi selamanya Meninggalkan yang tercinta Menyambut panggilan Illahi Kawan Kenangan tidak pernah terpadam Ingatan pasti segar difikiran Walau puluhan tahun berpisah Kawan Semoga yang ditinggalkan Terus tabah dan sabar Meneruskan kehidupan Kawan Sesurah Al-Fatihah dan semohon doa Semoga rohmu dirahmati tuhan Amin!

Pisau Lipat

Engkau kecil tapi tajam Nipis pedih menghiris Dilipat nampak selamat Mempelam, betik, epal dan nenas Sekali racik sedia dimakan Nikmat manis buahan Engkau kecil senang disimpan Dalam poket dicelah pinggang Siap siaga untuk dihunus Raciklah dengan cermat Hirislah dengan teliti Torehlah dengan hati-hati Agar tiada yang terluka. (aku pernah curi pisau lipat sorang budak perempuan masa sekolah rendah dulu..maafkan aku..)

Permata

Semalam genap 38 tahun pemergian Allahyarham P.Ramlee. Walaupun beliau pergi setahun sebelum aku dilahirkan, namun khazanah yang beliau tinggalkan amat dekat dihati. Filem-filemnya tidak pernah jemu ditonton acapkali. Walaupun kebanyakannya tidak berwarna. Lagu-lagunya tetap lunak didengar. Biarpun dinyanyi tanpa alunan muzik. Didalam gelak ketawa menonton filem-filemnya, secara sedar atau tidak, ada terselit unsur-unsur realiti kehidupan. Walaupun tidak pernah digambarkan secara terangan. Begitu juga tatkala menonton filem sedihnya, airmata tak betah berhenti mengalir. Padahal, hanya isu biasa yang sering kali kita dengari. Secara peribadi, filem dan lagu Allahyarham kekal hingga kini kerana beliau jujur dalam berkarya. Al-Fatihah. Semoga rohnya diberkati Allah Taala.