Salah Anggap

Ada beberapa kejadian dalam hidup aku...aku rasa agak terkilan kerana disalah anggap dan dalam masa yang sama tidak berpeluang untuk menjelaskan kedudukan perkara yang sebenar.

Salah satunya...

Ketika itu, aku bersekolah di Sek.Men.Keb.Mengkarak...kira-kira 20 km dari Bandar Temerloh. Rasanya aku dalam tingkatan 2 dan menjadi ketua kelas.

Pada suatu hari, ketika sedang bergurau senda dengan rakan-rakan diwaktu rehat, entah macamana aku terjatuh dan seluar aku terkoyak dibahagian punggung...hahahaha...

Jadi...kalau nak berjalan kemana-mana aku kena lindungi dengan beg sekolah..kalo tak...haru diketawakan...

Nak dijadikan cerita, semasa sesi pembelajaran bersambung...tiba-tiba seorang guru menyuruh aku mengambil buku di bilik guru. Keadaan menjadi agak cemas...tak kan aku nak berjalan dan bawak beg sekali...nanti cikgu ingat aku nak balik rumah pulak...

Akhirnya, aku meminta seorang rakan untuk pergi membantu mengambil buku tersebut. Air muka cikgu itu berubah tetapi aku tidak mempunyai pilihan. Malah tak terlintas ketika itu untuk aku untuk menjelaskan yang seluar aku terkoyak...

Namun, keesokan harinya, aku mendengar khabar dari rakan-rakanku bahawa cikgu tersebut ada mengadu dengan guru kelas akan perkara tersebut. Aku dilabel sebagai tidak patuh akan arahannya dan cikgu tersebut terkilan dengan perkara tersebut.

Andaikata, cikgu tersebut terbaca akan artikel terlewat ini (kebarangkalian mungkin 0.01%), aku meminta maaf kerana tidak berterus terang pada waktu tersebut.

Moral: Berterus teranglah walaupun pedih dan mungkin mengaibkan.

Comments

Popular posts from this blog

Kenangan.

Awang

Kepulangan