Posts

Aidil Adha

Pengorbanan... Hidup perlu pengorbanan.. Untuk mencapai matlamat.. Demi pengakhiran yang selamat.. Salam Aidil Adha.

Kembali

Setelah lama menyepi.. Aku ingin kembali... Meriuhkan sepi... Bagai kelicap... Terbang ke desa aman.. Mencari sarang.. Bak The Reds... Bersama squad lengkap.. Mencabar kejuaraan.. Suka atau tidak.. Harap diterima.. Kerana hanya satu lumrah.. Tak perlu berubah.. Tak payah risau.. Tak usah gundah.. Tiada hak dinafi.. Tiada tempat dirampas.. Tiada hati terguris.. Teruskanlah hidup! Wassalam. abdultalib Desa Karunmas 18082018 09:20:15

Titian Mustaqim

"Kita hidup ada pedoman" kata Pak Itam sambil merenung beburung cecawi hinggap di dahan rapuh. "Betul...harta itu..kita yang cari...pangkat darjat...kita yang usaha...tapi jangan la riak" bentak Pak Ali disuatu tempat beribu kilometer jauhnya dari tempat Pak Itam. "Pergilah walau sejauh mana pun...setinggi gunung Kilimanjaro sekalipun...jangan lupa yang Maha Berkuasa" tambah Pak Abu sambil mengetip cagu kaki dipangkin redup di Simpang Pelangai" Bukan apa..takut tersangkut di Titian Mustaqim nanti..

Kembali....

Kehidupan 30-40 tahun lampau tidaklah semeriah sekarang mungkin. Namun, jika diberi peluang untuk kembali seketika ke zaman kanak-kanak dahulu, mungkin aku tidak berfikir panjang untuk menerimanya. Hahaha…macam cerita Voyagers pulak. Mustahil bukan?? Kembali ke zaman kanak-kanak, walaupun mungkin selalu kena rotan oleh ibu kerana malas mengaji, mungkin kadang-kadang kena lempang dengan ayah kerana mandi sungai, mungkin risau kena ambil semula peperiksaan seperti Penilaian Darjah 5, SRP dan sebagainya, namun kebebasan dan keriangan di zaman tersebut mampu mengatasi segala kebimbangan. Status budak kampong yang bergelumang dengan lumpur dan selut dipaya ketika menangkap ikan puyu atau sepat, meranduk tebing sungai mencari kijing atau etak, berkaki ayam menendang bola dipadang atau sekurang-kurangnya menaikkan kemarahan ayah dengan berkhemah semalaman ditepi sungai….semua ini mungkin sudah lama berlalu namun pasti masih kekal diingatan. Ah…tidak betah aku untuk melupakan saat...

Lorong Tempunai

Dulu.. Rumah dihujung jalan ini... Meriah... Ada anak datang bertandang... Ada cucu belari-lari riang... Dulu... Disinilah tempat mengadu... Susah senang suka duka kehidupan... Kini.... Tiada lagi derap jejak sesiapa Bagai lupa mana asal kita Bagai alpa dulu ada siapa disana... Kembalilah... Walau seketika.. Walau hanya memetik rambai... Walau hanya menghalau tupai... Kerana ada kenangan yang kekal... Tertinggal disini...

Pantai Sepat

Image
Engkau damai.. Mengamit jiwa resah bertandang.. Jiwa yang cempera.. Jiwa yang merana.. Sayup sfera bumi China Selatan.. Bagai bingkisan cerita lama berulangan.. Buat yang mahu mengerti.. Butiran pasir pantai bagai tiada noda.. Percikan ombak bagai salji putih bersih.. Sinar mentari jingga mewarna suasana.. Namun... Hanya satu persinggahan... Yang pasti tidak kekal... Bila jiwa mula mekar sempurna... Namun... Pantai ini tidak pernah jemu.. Menanti jiwa berantakan datang kembali.. Percikan ombaknya masih dingin... Pasirnya tetap mulus... Mentari jingga masih indah diufuk.. Datanglah... Untuk mendamaikan hati... Untuk menyegarkan jiwa... Pensil Patah 21 Feb 2015 Pantai Sepat Tanjong Lumpur, Kuantan.

Ingin pergi..

Bila situasi makin meruncing.. Bila normal tidak lagi dipraktik.. Bila nilai murni makin diketepi.. Bila tiada lagi toleransi.. Bila nilai diri dihenyak-henyak.. Bila keyakinan makin menipis.. Bila sering diperkotak katik.. Bila sering dicabar tanpa gelanggang.. Bila sering dihina dusta.. Berfikir ingin pergi.. Agar semua kembali.. Seperti sediakala...