Kantoi!

Kisah ni berlaku masa aku tingkatan 4….nak balik ke asrama kat Kuantan.

Seperti biasa berat rasanya kaki melangkah keluar rumah sambil memikul sebiji beg….sambil menunggu bas Tanjong Keramat untuk ke bandar Temerloh, bas retro yang cukup sinonim dengan penduduk kampung.

Biasanya dalam setengah jam, bas dah sampai, aku naik…orang tak ramai sangat…maklum la pagi lagi…

Bila sampai aje kat kampung sebelah, naik sorang lelaki…macam kenal aje. Ah! pedulik kan la…aku terus menikmati keindahan Sungai Pahang dari tingkap bas. Tiba-tiba mamat tu duduk sebelah aku…aku tenang aje….

Bila tiba masa nak bayor tambang…mamat tu cakap takde duit..konduktor bas tu dah marah-marah…tiba-tiba mamat tu suruh aku bayor. Aik!banyak cantik? Aku cakap aku takde duit kecik, sambil menunjukkan not RM 50.00 yang bapak aku bagi tadi. "Ah! takpe la, lain kali turun jalan kaki" bentak konduktor bas tu kat mamat tu!

Mamat tu tak puas hati...dia mula memeras ugut aku, seram sejuk jugak badan aku, dia mintak aku duit. Mula-mula aku buat tak layan aje, lama-lama mamat tu naik angin..dia cakap nak belasah aku bila sampai Temerloh nanti… "Ok..nanti saya tukar duit tu kat Temerloh" aku memberi harapan palsu sambil otak ligat mencari akal nak menyelamatkan diri.

Mamat tu beredar ke tempat duduk belakang bersama-sama dengan kawan-kawannya sambil mengingatkan aku pasal duit tu..aku mengganguk aje…

Sampai aje stesen bas Temerloh, aku meluru turun…mamat tu dah gelabah…orang ramai berebut-rebut menyukarkan dia untuk turun dari bas tu…aku terus berlari ke arah tempat kaunter tiket dan mencari tempat duduk sebelah sorang makcik. Mak cik tu macam terkejut aje...aku cuba memberi senyuman yang semanis mungkin. Nasib baik orang agak ramai kat situ…dapatlah aku menyembunyikan diri sambil dalam hati tak payah cerita la debarannya…

Ada kira-kira setengah jam sebelum bas express ke Kuantan sampai…aku memegunkan diri dicelah-celah orang ramai tu…tiba-tiba aku nampak mamat tu datang sambil terjenguk-jenguk...cari aku la tu... " Nahas aku kali ni…" bisik aku sambil buat-buat baca surat khabar….

Akhirnya mamat tu beredar dengan penuh kekecewaan…. "Padan muka hang…budak sekolah pun nak pau ke?" Bas aku dah sampai…apalagi aku terus bergegas nak naik bas…tapi…. baru aku nak melangkah tangga bas yang pertama tali beg aku ditarik dari belakang… aku nekad…aku pusing dan bersedia untuk memberi satu pukulan back hand….tapi tak jadi….yang tarik beg aku tu room mate aku la…kebetulan kami naik bas yang sama…. "Bagero betoi…nasib baik tak kena backhand"

Cuti penggal seterusnya..aku mengadu kat abang aku…dan malangnya mamat tu memang abang aku kenal…dengar cerita mamat tu pecah bibir dan hilang 3 batang gigi kena bedal dek abang aku….

"Kesian…nyesal aku mengadu"…

Comments

Anonymous said…
Kesian Ko, napa tak cakap kat aku. Aku kalau setakat mamat tu, sekali back hand je, seminggu bisu. Dulu Set Medan Mengamuk, aku yang pergi belasah . Korang lari lintang pukang. siapa yang berani mempertahankan TI. Aku jugak.
abdultalib said…
Takpe beb...bior orang buat kita...hehehe...masa T.I kena attack dulu...aku kat kampung la..kena chicken pop!!!
abdultalib said…
Opsss...maaf! Ending tu aku reka aje...tak kan sampai macam tu pembalasan yang dia kena!!!

Popular posts from this blog

Kenangan.

Awang

Kepulangan