Profesion Pertama
Cita-cita aku masa kecik dulu nak jadi askar. Terpengaruh dengan filem Prebet Lapok dan Darah Satria, lakonan A.R Badol, Tawil dan Aman Shah.
Dan, cita-cita aku hampir tercapai bila berjaya melepasi ujian dan pemilihan pegawai kadet ATM yang berlangsung di Kem Desa Pahlawan, Kota Bharu pada tahun 1992. Namun, kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukannya.
Tapi, profesion aku yang pertama bermula sejak aku berusia 13 tahun. Masa tu aku bersekolah di sessi petang, maka awal-awal pagi aku dah ke kebun bapak aku untuk menoreh getah. Kebun tu rasanya tak la luas sangat, adalah dalam 1 ekar aje rasanya. Cukup la untuk menokok tambah perbelanjaan keluarga aku. Masa pegi sekolah satu badan bau getah skrap, sebab tu aku takde awek masa sekolah dulu.
Profesion tersebut berterusan sampai la aku berpindah ke sekolah teknik di Kuantan.
Selepas beberapa lama meninggalkan kerjaya tersebut, aku menyambung semula setiap kali cuti semester semasa pengajian aku di UTM. Kali ni, makin mencabar, sebab kebun dah makin luas kira-kira 5 ekar. Seingat aku, seawal 7 pagi aku dah terbongkok-bongkok macam askar menghendap musuh. Kira-kira jam 1 petang baru selesai. Itu pun kalo tak hujan, kalo tiba-tiba hujan turun terpaksa la aku buat overtime untuk mengutip susu getah supaya tak masuk air.
Pengalaman yang mungkin tak boleh aku lupakan sepanjang menjawat jawatan tersebut, rasanya ada 2, pertama disengat lipan bara dan kedua disergah ular tedung hitam, 2 hari jugak aku demam!
Aku pernah menoreh selama 2 minggu tanpa henti dan aku memperolehi RM 700.00 semasa harga komoditi ini berada pada RM 0.70 sekilogram. Bermakna aku dah berjaya mengumpul kira-kira 1000 kilogram getah skrap (getah beku). Kalo ikut harga maksimum yang pernah dicapai iaitu kira-kira RM 4.50 sekilogram, aku boleh dapat kira-kira RM 4,500.00 untuk 2 minggu. Kalo sebulan dah RM 9,000.00. Fuh! Kaya aku!!!
Tapi sebab utama aku menoreh, supaya aku belajar dan mengerti bagaimana sukarnya untuk mencari rezeki yang halal demi sesuap nasi. Duit getah tu aku selalunya ambik 20% aje untuk belanja di universiti dulu. Selebihnya aku serahkan kepada majikan aku, iaitu bapak aku.

Comments