Minyak Angin

Setiap kali pening kepala atau kepala pening...eh! sama la tu...aku akan menyapu setitik dua minyak angin..minyak cap kapak atau minyak geliga...

Dan...serentak dengan itu..pasti imbauan kisah silam menerjah di bulatan fikiran aku...tersenyum2 sendirian.

Pagi itu...hujan renyai-renyai...aku, abang dan adik aku hanya lepak kat rumah aje...tak dapat pegi memancing atau ke kebun...takut demam! Tak tau nak buat apa...kami bersetuju untuk main perang-perang...abang aku ada sepucuk pistol plastik...peluru pakai air liur! Adik aku ada selaras rifle...ada bunyi tapi takde peluru...aku?takde senjata..sebab...rifle aku dah patah semasa bergaduh dengan seekor angsa beberapa hari lepas...jadi..aku pakai "pistol" tangan aje...boleh le tu!

Setelah agak lama berperang...aku mula rasa bosan...letih mulut menembak..tapi takde yang cedera lagi...

Akhirnya, aku dapat suatu idea...aku capai sebotol minyak geliga dari atas belebas rumah...dari jauh aku percikan minyak tu ke arah abang dan adik aku...

Percikan minyak geliga tu membuatkan mata mereka pedih...beberapa kali diaorang terpaksa menyelam dalam tong dram tepi rumah untuk memulihkan kepedihan itu...nampaknya senjata biologi aku agak berkesan...

Setelah beberapa kali berjaya membuatkan abang aku terjun dalam tong dram...akhirnya beliau mengaku kalah...abis sebotol minyak angin!

Tapi, kemenangan aku hanya sementara aje...bila mak aku balik...bila dia tengok lantai rumah penuh dengan minyak angin...apalagi...mak aku pulak naik angin...masing-masing bertempiaran lari...tapi yang paling teruk kena sebat hari tu...aku le...

Comments

Popular posts from this blog

Kenangan.

Awang

Kepulangan