Raja Sungai Triang

Sungai Triang merupakan sungai yang begitu sinonim dalam hidup aku...

Sejak kecik hingga dewasa, aliran lesu sungai yang mengalir dari kaki Gunung Ledang hingga ke Kuala Triang, dimana ia memasuki Sungai Pahang bagai mengiringi perjalanan hidup aku.

Spesis didasarnya seperti baung, terbul, tenggalan, kaloi, etak, kijing ataupun buaya mungkin pernah menjadi saksi semua itu.

Tetapi, tidak lengkap kalo aku tak cerita pasal si Raja Sungai Triang.

Mengapa dia digelar raja? Bukan keturunan darah diraja, tapi kelibatnya dengan perahu kecil dan kepakarannya menangkap hasil-hasil sungai membuatkan orang-orang kampung menggelarnya si Raja Sungai.

Namanya Pak Cik Kamarudin, orangnya bertubuh kecil tetapi lincah dan peramah. Beliau mengusahakan kebun getah di pinggir sungai tersebut dan setiap hari selepas menoreh, beliau akan mendayung perahunya berbekal beberapa batang tajur untuk menangkap ikan. Beliau sering berkongsi hasil tangkapannya dengan orang-orang kampung.

Namun, Pak Cik Kamarudin telah meninggal dunia sekitar awal tahun 90an lalu. Selepas itu, sungai Triang menjadi sunyi sepi.

Andaikata sungai ini mempunyai perasaan rindu.....

Comments

Popular posts from this blog

Kenangan.

Awang

Kepulangan