Berkhemah

"Daddy…dah lama tak tido dalam khemah" komplen anak aku, Farid.

Tiba-tiba fikiran aku melayang….

"Oit…apakata kita pegi camping kat tepi sungai Triang hujung minggu ni" cadang abang aku pada suatu petang yang hening..kira-kira 20 tahun lampau.

"Ok aje..jom" balas adik aku tanpa memikirkan risiko sambil mengunyah goreng pisang.
Aku masih membisu…sambil teringat akan bapak aku yang rasanya tak kan beri lampu hijau untuk "program cari pasal" tu.

"Bapak bagi pegi ke?" soal aku…

"Kita pegi sebelum bapak balik kerja la"…cadang abang aku cuba nak menderhaka.

Akhirnya kami bersetuju untuk bercamping. Buat kali pertama kitaorang cuba untuk tido luar dari rumah. Berdikari konon. Memang betul-betul cari pasal.

Tiba hari yang ditunggu-tunggu.

Ok…check barang-barang! Jerit abang aku…pisau! parang! tali! radio! sardin! beras! kicap…alamak tuan..kicap takde la…

Cepat carik kicap…kalo tak de kicap aku pun tak selera makan…jerit abang aku sebijik macam Abon dalam iklan kicap kat radio…keh..keh..keh…memang abang aku gila kicap..masak la lauk sebest mana sekalipun…kicap wajib ada!

Kami tiba di tepi sungai Triang agak lewat..hari dah nak senja…setelah mendirikan khemah kami mula memasak…entah apa yang dimasak pun tak tau..yang pastinya sardin!
Hari semakin gelap…berbekalkan hanya lampu ayam memang suasana amat menyeramkan…aku memusingkan volume radio ke takat maksimum bila azan maghrib berkumandang… takut dan insaf!

"Oit..meletup la radio tu" tegur abang aku…kalo takut balik rumah le… sambung abang aku buat-buat macam berani…

Semuanya berjalan lancar sehinggalah waktu tido sampai…
Tengah kitaorang resah gelisah nak tido berteman bunyi arus sungai sambil menepis-nepis nyamuk…

Tiba-tiba… "Tuk…Tuk…Tuk" bunyi macam kayu kena ketuk la. Aku dah mengigil semacam aje. Bunyi tu masih berterusan… "Tak kan hantu air kot…" bisik aku.

Kemudian kedengaran sayup-sayup suara melolong… aku dah nak nangis…adik dengan abang aku tak tau macamana…jangan terkencing dalam seluar dah…memalukan kaum aje…

Tiba-tiba abang aku capai parang…perlahan-perlahan dia bergerak ke arah bunyi tadi..aku dan adik aku terkedek-kedek ikut dari belakang…cahaya bulan malam tu memudahkan pergerakan kami….

Semakin hampir dengan bunyi tadi…semakin berdebar jantung aku…tak kan hantu pulak…dalam samar-samar kelihatan satu lembaga sedang bertenggek dalam pondok kebun jagung kepunyaan Pak cik Din…si Raja Sungai…

Lembaga tadi sedang ralit mengetuk-getuk dinding pondok sambil melolong-lolong macam pontianak…hantu apa ni?

Tiba-tiba abang aku memekik dan berlari pantas mengejar lembaga tadi yang terkejut dan bertempiaran lari…

"Oit..Oit…jangan kejar oiii…banyak tunggul ni…" jerit lembaga tadi. Aik..hantu pun takut kena kejar…

Akhirnya lembaga tadi tersungkur dalam semak tersepak tunggul kayu…parang abang aku dah ada kat leher dia…

"Oit..jangan la oi…aku nak tengok engkorang camping aje" rayu lembaga tu.

Bedebah betoi….rupa-rupanya jiran kitaorang….samseng kampung…nasib baik tak kena sembelih…potong stim betul. Kami kembali ke khemah selepas memberi amaran kepada mamat tu tadi…

"Oit…tak ajak kawan makan ke" rayu mamat tu… "Oit..nak makan balik rumah laaa…" balas abang aku.

Esoknya kitaorang balik rumah dengan penuh debaran…sampai kat rumah…dengan penuh sopan santun kita orang masuk…

Bapak aku tengah tido kat tepi tingkap…nampak macam line clear aje…hehehehe…

"Haah…balik pun! Ingatkan tak de rumah tadi…" sergah bapak aku.

Nak lari memang dah tak sempat dah….

"Daddy…pasang la khemah kat luar" pinta Si Farid mengejutkan aku daripada lamunan.

Comments

Aku le... said…
memang syok berkhemah. eden pun baru balik khemah. Penat giler

http://skj12.co.cc

Mohlah khemah.
abdultalib said…
Engko le...

Cantekkk...jom..

Popular posts from this blog

Kenangan.

Awang

Kepulangan