Fardu Kifayah
Dalam islam...terdapat 2 kewajipan atau tanggungjawab buat umat-umat islam.
Satu fardu ain...iaitu kewajipan yang mutlak buat individu muslim. Contohnya solat 5 waktu sehari semalam, berpuasa, zakat dan menunaikan haji jika berkemampuan.
Kedua...fardu kifayah.Kewajipan buat umat-umat islam melaksanakannya. Kewajipan itu akan luput jika tanggungjawab tersebut telah dilaksanakan oleh umat islam yang lain dalam komuniti yang sama. Komuniti yang sama bermaksud dalam kelompok atau mukim yang sama. Contohnya, kampung atau taman perumahan.
Hari ini, saya terdetik untuk berkongsi sebuah kisah benar dalam tahun 1998. Ketika itu, saya menunaikan solat jumaat di Masjid UPM, Serdang. Seketika selepas imam memberi salam, tiba-tiba kedengaran suara jeritan memanggil sesiapa yang bergelar doktor atau sekurang-kurangnya ahli paramedik yang mahir dalam rawatan kecemasan.
Rupa-rupanya, ada seorang jemaah telah diserang sakit jantung. Setelah beberapa ketika suara memanggil jika ada doktor atau sesiapa yang mahir dalam rawatan awal serangan jantung, namun tiada sesiapa yang muncul. Masing-masing panik dan keadaan menjadi sedikit kelam kabut. Akhirnya, ambulan terpaksa dipanggil dan kira-kira 15 minit kemudian, pesakit dibawa ke pusat perubatan dengan keadaan yang tidak dapat dipastikan.
Hari itu, dalam komuniti tersebut, fardu kifayah tidak dilaksanakan. Iaitu, mendalami atau mempelajari ilmu kedoktoran atau paramedik...dan malangnya saya juga turut berada dikelompok itu pada hari tersebut.
Ya Allah! Ampunkanlah hambaMu ini.
Amin!

Comments