Posts

Seorang Tua Di Hulu Sungai

Pagi masih terlalu muda ketika Pak Mat melangkah ke baruhnya.Sinar mentari masih samar-samar dilitupi banjaran gunung, deruan air sungai bagai mengiringi setiap langkahnya. Sudah sepurnama Pak Mat berulang-alik setiap hari ke baruhnya. Selepas perahunya hanyut dibawa arus, hanya kebun sekangkang kera inilah yang menjadi temannya.Beliau tidak lagi ke sungai menangkap ikan dan udang galah. Matahari hampir tegak di kepala tatkala Pak Mat berehat sebentar di pohon mengkudu di tepian sungai melepaskan lelah, sambil membasahkan tekak dan mengalas perut dengan ubi keledek rebus. Fikiran Pak Mat mula menerewang jauh, terkenangkan nostalgia dirinya. Setelah pemergian isterinya kira-kira 15 tahun lampau, tidak terdetik dihatinya untuk mencari pengganti. Hanya teratak serta kebun inilah yang menjadi kenangan abadi Pak Mat terhadap isterinya.Namun Pak Mat tidak mampu untuk mengalih ingatannya kepada Azri, anak tunggalnya. Azri, ditatang dan dimanja bagai seorang raja. Apa jua yang dikehendakinya p...

Coretan.

Assalamualaikum.... Dua minggu lepas...seorang teman sepejabat telah menanggalkan plat logo Liverpool FC dari keretanya....mungkin beliau malu untuk mempamerkan logo tersebut disaat pasukan The Reds tidak lagi menerajui carta EPL...mungkin beliau kini tercari-cari logo Manchester United! Biarkanlah.... Tidak berminat untuk membicarakan dalam konteks bolasepak...walaupun semalam The Reds layak ke suku akhir Liga Juara Juara setelah menewaskan Real Madrid 4-0 di Anfield. Lebih terpanggil untuk membicarakannya dalam ruang lingkup kehidupan manusia. Kesetiaan kepada Raja dan Negara...salah satu rukun negara yang pasti dihafal oleh setiap rakyat Malaysia...walaupun tidak ramai dikalangan kita yang mempraktikkannya. Kesetiaan selalunya menuntut kesabaran yang cukup tinggi...contohnya...kesetiaan anda kepada pasangan anda...sama ada suami atau isteri (kupasan ini mungkin tidak tepat untuk pasangan kekasih). Kesetiaan kepada negara dan raja berdaulat harus menjadi suatu panduan...jika semuanya...

Kronologi Filem-Filem Tan Sri P.Ramlee

Saya yakin dan percaya, filem-filem arahan dan lakonan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee merupakan khazanah yang tidak ternilai buat rakyat Malaysia. Tidak dinafikan, karyanya mewakili jiwa dan intisari kehidupan kita walaupun ianya dihasilkan puluhan tahun yang lampau. Bermula dengan keperitan dan penghinaan dalam Si Penarek Becha, kelucuan Si Bujang Lapuk dan Si Labu Labi hinggalah keangkuhan Si Ibu Mertua, semuanya bagai anak sungai yang akan terus mengalir walaupun si empunya diri telah hampir 36 tahun meninggalkan kita. Berikut saya senaraikan filem-filem arahan beliau berserta dengan tahun penerbitannya: 1. Penarik Beca (1955) 2. Semerah Padi (1956) 3. Panca Delima (1957) 4. Bujang Lapuk (1957) 5. Sumpahan Orang Minyak (1958) 6. Pendekar Bujang Lapuk (1959) 7. Musang Berjanggut (1959) 8. Nujum Pak Belalang (1959) 9. Antara Dua Darjat (1960) 10. Ali Baba Bujang Lapuk (1961) 11. Seniman Bujang Lapuk (1961) 12. Ibu Mertuaku (1962) 13. Labu & Labi (1962) 14. Nasib Si Labu Labi (1963) ...

Coretan Buat Teman

Teman..... Andai kita ingin melangkah... Pastikan ianya langkah yang bermaruah. Andai kita ingin berbicara.... Berbicaralah dengan nada yang berperkerti. Andai kita ingin menyanggah.... Sanggahlah dengan penuh diplomasi. Andai kita ingin beremosi.... Pastikan tiada hati yang terluka. Andai kita ingin menyepi.... Pastikan ianya sepi yang indah. Andai kita ingin berjenaka.... Pastikan ianya memeriahkan suasana. Andai hari ini kita ingin pergi... Pastikan suatu hari nanti kita kembali. Salam buat teman... Sesiapa jua dan dimana-mana sahaja!

Pantai Sepat

Assalamualaikum... Al-Fatihah...saya ucapkan takziah kepada keluarga mangsa lemas di Pantai Sepat baru-baru ini...semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh. Secara kebetulan atau sebaliknya....Pantai Sepat ada disebutkan dalam post saya yang lalu "My Favorites"...memang Pantai Sepat merupakan pantai kegemaran saya...kerana ia cukup sinonim dengan kehidupan saya... Hanya lebih kurang 5 km dari rumah mentua saya....pantai ini pasti menjadi lokasi kunjungan saya sekeluarga setiap kali pulang ke Kuantan. Pantai yang masih segar dan dikelilingi perkampungan tradisi yang cukup tenteram...menjadikan ianya berada pada kelasnya yang tersendiri... Anak saya yang sulung, Faiz Aziman segera menghubungi to'kinya selepas mendengar buletin pagi mengenai kes kemalangan tersebut....ingin tahu lebih lanjut mengenai kejadian di pantai tersebut.... Kali terakhir saya mengunjunginya pada cuti tahun baru cina hujung Januari lalu....ketika itu keadaan ombak agak kuat dan a...