Posts

Terima Kasih

Terima Kasih... Kerana merendah diri menerima hakikat... Kerana sabar menghadapi sukar... Kerana tabah dibadai gelora hidup... Kerana tenang walau hati bergelodak... Terima Kasih Kerana jujur walau hanya pada diri... Kerana amanah walau kepala dihentak ke lantai... Kerana hormat sesama manusia... Kerana teguh atas benarnya perkara... Terima kasih!

Fardu Kifayah

Dalam islam...terdapat 2 kewajipan atau tanggungjawab buat umat-umat islam. Satu fardu ain...iaitu kewajipan yang mutlak buat individu muslim. Contohnya solat 5 waktu sehari semalam, berpuasa, zakat dan menunaikan haji jika berkemampuan. Kedua...fardu kifayah.Kewajipan buat umat-umat islam melaksanakannya. Kewajipan itu akan luput jika tanggungjawab tersebut telah dilaksanakan oleh umat islam yang lain dalam komuniti yang sama. Komuniti yang sama bermaksud dalam kelompok atau mukim yang sama. Contohnya, kampung atau taman perumahan. Hari ini, saya terdetik untuk berkongsi sebuah kisah benar dalam tahun 1998. Ketika itu, saya menunaikan solat jumaat di Masjid UPM, Serdang. Seketika selepas imam memberi salam, tiba-tiba kedengaran suara jeritan memanggil sesiapa yang bergelar doktor atau sekurang-kurangnya ahli paramedik yang mahir dalam rawatan kecemasan. Rupa-rupanya, ada seorang jemaah telah diserang sakit jantung. Setelah beberapa ketika suara memanggil jika ada doktor atau sesiapa y...

Bola

Kalau menang Alhamdulillah! Kalau seri Jadilah! Kalau kalah Takpe le...cuba lagi... Semoga peminat-peminat tegar bolasepak seantero dunia... tidak terlalu beremosi bila pasukan pilihan masing-masing tewas... Yang tewas boleh menang perlawanan seterusnya... yang menang mungkin boleh tewas jua nanti...

Keimanan

Hidup kadang kala cukup getir Hingga kadang kala kepala kita Dihentak-hentak ke dinding Tangan kita dipulas-pulas Hati dan perasaan dihiris-hiris Apa jua.... Jangan hilang keimanan!

Nostalgika

Aku tersedar didinihari ini Bila terdengar laungan azan Madrashah Darul-Huda Mandi dinginnya air telaga Menyerah diri kepada Illahi Memohon ampun dan redhaNya Bersarapan jemput-jemput pisang Air tangan ayah pengganti arwah ibu Semenjak puluhan tahun tanpa jemu Kekadang menjamah enaknya Nasi lemak, keledek ubi rebus Berbekal semangat dinginnya pagi Aku meredah kabus diperkebunan getah Tugas selesai tatkala azan Zuhur sayup-sayup Laungan bilal surau Kampung Jeram Ular Sajian pucuk ubi celur dan sambal belacan Bersama lemak cili padi ikan haruan Menu sempurna sederhana Tatkala mentari condong ke barat Tubuh badan mula perlu rehat Sepicing dua mata terlelap Selepas sujud delapan dan empat rukuk Diwaktu asar memohon ampun dan redhaNya Bermain bola dipadang sekolah Kerayong Mempamer hebatnya rembatan tepat Tatkala senja mula menerpa Hari mula menarik tirai Semoga esok masih menjanjikan Keampunan dan keredhaanNya Itu...momen nostalgik Yang tidak mungkin...

Aku mahu pulang...

Nun jauh dipinggir bendang sana Ada anak sungai jernih mengalir laju Dipuncak bukit sana ada pohon rendang meranti Meredupi seluruh jangkauan dahan Ditepian paya terbentang memandang Ada anak bujuk mencari-cari induk Diperjalanan jauh hidup yang makin dekat ini Aku mahu pulang... Ke pangkal jalan Andai dihujung sana bukan milik aku!

Salah Anggap

Ada beberapa kejadian dalam hidup aku...aku rasa agak terkilan kerana disalah anggap dan dalam masa yang sama tidak berpeluang untuk menjelaskan kedudukan perkara yang sebenar. Salah satunya... Ketika itu, aku bersekolah di Sek.Men.Keb.Mengkarak...kira-kira 20 km dari Bandar Temerloh. Rasanya aku dalam tingkatan 2 dan menjadi ketua kelas. Pada suatu hari, ketika sedang bergurau senda dengan rakan-rakan diwaktu rehat, entah macamana aku terjatuh dan seluar aku terkoyak dibahagian punggung...hahahaha... Jadi...kalau nak berjalan kemana-mana aku kena lindungi dengan beg sekolah..kalo tak...haru diketawakan... Nak dijadikan cerita, semasa sesi pembelajaran bersambung...tiba-tiba seorang guru menyuruh aku mengambil buku di bilik guru. Keadaan menjadi agak cemas...tak kan aku nak berjalan dan bawak beg sekali...nanti cikgu ingat aku nak balik rumah pulak... Akhirnya, aku meminta seorang rakan untuk pergi membantu mengambil buku tersebut. Air muka cikgu itu berubah tetapi ak...