Posts

Titian Mustaqim

"Kita hidup ada pedoman" kata Pak Itam sambil merenung beburung cecawi hinggap di dahan rapuh. "Betul...harta itu..kita yang cari...pangkat darjat...kita yang usaha...tapi jangan la riak" bentak Pak Ali disuatu tempat beribu kilometer jauhnya dari tempat Pak Itam. "Pergilah walau sejauh mana pun...setinggi gunung Kilimanjaro sekalipun...jangan lupa yang Maha Berkuasa" tambah Pak Abu sambil mengetip cagu kaki dipangkin redup di Simpang Pelangai" Bukan apa..takut tersangkut di Titian Mustaqim nanti..

Kembali....

Kehidupan 30-40 tahun lampau tidaklah semeriah sekarang mungkin. Namun, jika diberi peluang untuk kembali seketika ke zaman kanak-kanak dahulu, mungkin aku tidak berfikir panjang untuk menerimanya. Hahaha…macam cerita Voyagers pulak. Mustahil bukan?? Kembali ke zaman kanak-kanak, walaupun mungkin selalu kena rotan oleh ibu kerana malas mengaji, mungkin kadang-kadang kena lempang dengan ayah kerana mandi sungai, mungkin risau kena ambil semula peperiksaan seperti Penilaian Darjah 5, SRP dan sebagainya, namun kebebasan dan keriangan di zaman tersebut mampu mengatasi segala kebimbangan. Status budak kampong yang bergelumang dengan lumpur dan selut dipaya ketika menangkap ikan puyu atau sepat, meranduk tebing sungai mencari kijing atau etak, berkaki ayam menendang bola dipadang atau sekurang-kurangnya menaikkan kemarahan ayah dengan berkhemah semalaman ditepi sungai….semua ini mungkin sudah lama berlalu namun pasti masih kekal diingatan. Ah…tidak betah aku untuk melupakan saat...

Lorong Tempunai

Dulu.. Rumah dihujung jalan ini... Meriah... Ada anak datang bertandang... Ada cucu belari-lari riang... Dulu... Disinilah tempat mengadu... Susah senang suka duka kehidupan... Kini.... Tiada lagi derap jejak sesiapa Bagai lupa mana asal kita Bagai alpa dulu ada siapa disana... Kembalilah... Walau seketika.. Walau hanya memetik rambai... Walau hanya menghalau tupai... Kerana ada kenangan yang kekal... Tertinggal disini...

Pantai Sepat

Image
Engkau damai.. Mengamit jiwa resah bertandang.. Jiwa yang cempera.. Jiwa yang merana.. Sayup sfera bumi China Selatan.. Bagai bingkisan cerita lama berulangan.. Buat yang mahu mengerti.. Butiran pasir pantai bagai tiada noda.. Percikan ombak bagai salji putih bersih.. Sinar mentari jingga mewarna suasana.. Namun... Hanya satu persinggahan... Yang pasti tidak kekal... Bila jiwa mula mekar sempurna... Namun... Pantai ini tidak pernah jemu.. Menanti jiwa berantakan datang kembali.. Percikan ombaknya masih dingin... Pasirnya tetap mulus... Mentari jingga masih indah diufuk.. Datanglah... Untuk mendamaikan hati... Untuk menyegarkan jiwa... Pensil Patah 21 Feb 2015 Pantai Sepat Tanjong Lumpur, Kuantan.

Ingin pergi..

Bila situasi makin meruncing.. Bila normal tidak lagi dipraktik.. Bila nilai murni makin diketepi.. Bila tiada lagi toleransi.. Bila nilai diri dihenyak-henyak.. Bila keyakinan makin menipis.. Bila sering diperkotak katik.. Bila sering dicabar tanpa gelanggang.. Bila sering dihina dusta.. Berfikir ingin pergi.. Agar semua kembali.. Seperti sediakala...

Bola

Sempena Piala Konfederasi yang sedang berlangsung di negara tuan rumah Piala Dunia 2014, Brazil, ada secebis bingkisan tentang bola: 1. Aku pernah menerima sebiji bola pada perhimpunan sekolah daripada guru displin aspuri. Bola itu telah dirembat oleh rakan aspura yang memecahkan beberapa keping cermin tingkap. Glamor gila masa tu..hampeh! 2. Aku pernah meledakkan 2 gol dari tengah padang semasa satu perlawanan antara kampung kira-kira 25 tahun dulu. Setiap kali melintasi padang itu masa balik kampung, pasti detik itu bagai diulang tayang. Mungkin aku pernah menjaringkan 20 atau 30 gol sepanjang karier pendek sebagai pemain bola, tapi 2 gol ini agak istimewa..kurang pasti mengapa. 3. Demam piala dunia remaja 1997 yang dilangsungkan di Malaysia. Aku dan kawan sekuliah nekad untuk ke Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin untuk menyaksikan Argentina menentang England pada aksi sukuakhir. Pablo Aimar, Roman Riquelme, Michael Owen antara yang mencuri tumpuan, Argentina menang 2-1...

Sabar

Hari ini mungkin kepala anda dihentak ke dinding. Tangan dipulas-pulas. Harga diri diperkotak katik. Hati dicarik-carik. Sabar dan bertenang. Mungkin esok anda dipandang tinggi. Dipuja puji Walaupun bukan itu yang diimpi. Kerana hakikat ada hikmah disebalik. Sabarlah. Sekurang-kurangnya.. ada sebuah kehidupan yang boleh diteruskan. Syukur! Alhamdulillah!