Posts

Marah

Semalam..mungkin adalah hari yang paling penuh dengan kemarahan sejak aku dilahirkan kira-kira 12,827 hari yang lalu. Aku benar-benar tak mahu berada dalam situasi ini. Walaupun badan aku akan bertukar menjadi sasa dan berwarna hijau... Aku…rasanya manusia yang senyap dan sunyi. Seboleh-bolehnya aku tak nak bersuara. Kalau boleh aku nak menggunakan bahasa isyarat sahaja. Itupun kalau tak menguris hati sesiapa. Dan kerana ini, aku sering digelar sombong! Biarkanlah. Aku…lebih suka kalau mereka-mereka yang terlibat menyedari dengan sendiri kesilapan masing-masing dan mula memperbaikinya, tanpa ditegur oleh sesiapa. Bukankah itu lebih baik? Aku…hanya akan bersuara..jika semuanya diatas tidak berjalan dengan sempurna. Dan itulah yang berlaku semalam. Pagi tadi, semasa dalam perjalanan menghantar anak-anak aku ke Taska, anak bongsu aku yang berumur 7 bulan….semacam mengerti akan ayahnya…sambil tersenyum dalam baby sitnya, dia menepuk-nepuk lembut tangan aku…sambil berkata: "Relax la da...

Raja Sungai Triang

Sungai Triang merupakan sungai yang begitu sinonim dalam hidup aku... Sejak kecik hingga dewasa, aliran lesu sungai yang mengalir dari kaki Gunung Ledang hingga ke Kuala Triang, dimana ia memasuki Sungai Pahang bagai mengiringi perjalanan hidup aku. Spesis didasarnya seperti baung, terbul, tenggalan, kaloi, etak, kijing ataupun buaya mungkin pernah menjadi saksi semua itu. Tetapi, tidak lengkap kalo aku tak cerita pasal si Raja Sungai Triang. Mengapa dia digelar raja? Bukan keturunan darah diraja, tapi kelibatnya dengan perahu kecil dan kepakarannya menangkap hasil-hasil sungai membuatkan orang-orang kampung menggelarnya si Raja Sungai. Namanya Pak Cik Kamarudin, orangnya bertubuh kecil tetapi lincah dan peramah. Beliau mengusahakan kebun getah di pinggir sungai tersebut dan setiap hari selepas menoreh, beliau akan mendayung perahunya berbekal beberapa batang tajur untuk menangkap ikan. Beliau sering berkongsi hasil tangkapannya dengan orang-orang kampung. Namun, Pak Cik Ka...

Balik Kampung!

Selepas asar 18 Julai 2009, aku bersama abang aku memulakan perjalanan pulang ke kampung halaman aku di Bera. Masih setia berbekalkan enjin vvt-i 1499 cc tahun 2004, aku memandu dengan tenang. Selepas menjemput abang aku di Putrajaya, kami meneruskan perjalanan melalui Lebuhraya Pantai Timur menuju ke Temerloh. Selepas berhenti solat di Hentian Sebelah Lanchang, kami menikmati keenakan ikan patin di Bandar Temerloh berteman hembusan angin Sungai Pahang. Persinggahan pertamaku di Temerloh selepas beberapa tahun. Kami tiba di perkarangan rumah pusaka keluarga kami tepat jam 10.00 p.m. Rumah kosong yang tidak berpenghuni sejak pemergian ayahanda aku pada 8 Okt 2005. Selepas bertungkus lumus mengemas dan membersihkan rumah tersebut, kami melelapkan mata bertemankan kicauan burung murai dan sesekali sayup2 kedengaran bunyi burung pungguk, mungkin sedang merindu bulan. Loceng telefon tangan aku berdering tepat jam 6 pagi mengejutkan aku daripada tidur yang tidak bermimpi, aku basuh kaki sebe...

Naik

Semalam, kerajaan mengumumkan kenaikan tambang beberapa jenis pengangkutan awam. Naik salah...tak naik pun salah. Serba salah jadinya. Saya pasti majoriti rakyat pasti tidak bersetuju. Ye la..siapa yang nak kos sara hidup bertambah? Tambah2 ditengah-tengah keadaan ekonomi yang meruncing sekarang ni. Dimana, ada yang kena potong gaji dan lagi teruk kena buang kerja. Tetapi kos sara hidup tetap perlu dilunaskan dan kini meningkat. Ada sesiapa yang membuat dasar diatas sana yang memikirkan masalah rakyat marhaen ini? Pasti kerajaan telah menimbang sebaik mungkin sebelum membuat sebarang keputusan yang berkaitan dengan rakyat, khususnya golongan bawahan. Kerajaan pasti tidak mahu mengulangi keputusan dangkal semasa menaikkan harga minyak secara membabi buta tuli suatu ketika dulu. Kenaikan mahu tak mahu mesti dibuat juga, tapi mungkin dengan kadar dan masa yang sesuai perlu ditimbang-timbangkan. Agar rakyat yang setiap hari bergantung kepada sistem pengangkutan awam seperti bas, teksi dan ...

Minyak Angin

Setiap kali pening kepala atau kepala pening...eh! sama la tu...aku akan menyapu setitik dua minyak angin..minyak cap kapak atau minyak geliga... Dan...serentak dengan itu..pasti imbauan kisah silam menerjah di bulatan fikiran aku...tersenyum2 sendirian. Pagi itu...hujan renyai-renyai...aku, abang dan adik aku hanya lepak kat rumah aje...tak dapat pegi memancing atau ke kebun...takut demam! Tak tau nak buat apa...kami bersetuju untuk main perang-perang...abang aku ada sepucuk pistol plastik...peluru pakai air liur! Adik aku ada selaras rifle...ada bunyi tapi takde peluru...aku?takde senjata..sebab...rifle aku dah patah semasa bergaduh dengan seekor angsa beberapa hari lepas...jadi..aku pakai "pistol" tangan aje...boleh le tu! Setelah agak lama berperang...aku mula rasa bosan...letih mulut menembak..tapi takde yang cedera lagi... Akhirnya, aku dapat suatu idea...aku capai sebotol minyak geliga dari atas belebas rumah...dari jauh aku percikan minyak tu ke arah abang dan adik ak...

Profesion Pertama

Cita-cita aku masa kecik dulu nak jadi askar. Terpengaruh dengan filem Prebet Lapok dan Darah Satria, lakonan A.R Badol, Tawil dan Aman Shah. Dan, cita-cita aku hampir tercapai bila berjaya melepasi ujian dan pemilihan pegawai kadet ATM yang berlangsung di Kem Desa Pahlawan, Kota Bharu pada tahun 1992. Namun, kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukannya. Tapi, profesion aku yang pertama bermula sejak aku berusia 13 tahun. Masa tu aku bersekolah di sessi petang, maka awal-awal pagi aku dah ke kebun bapak aku untuk menoreh getah. Kebun tu rasanya tak la luas sangat, adalah dalam 1 ekar aje rasanya. Cukup la untuk menokok tambah perbelanjaan keluarga aku. Masa pegi sekolah satu badan bau getah skrap, sebab tu aku takde awek masa sekolah dulu. Profesion tersebut berterusan sampai la aku berpindah ke sekolah teknik di Kuantan. Selepas beberapa lama meninggalkan kerjaya tersebut, aku menyambung semula setiap kali cuti semester semasa pengajian aku di UTM. Kali ni, makin mencabar, seb...

Trio

Aku ada 10 orang adik beradik, abang sulung dan kakak kedua aku telah meninggal dunia…maka tinggal la 8 orang aje.. Seronok adik beradik ramai ni, walaupun hidup di kampung dengan penuh kesederhanaan, tetapi aku yakin kedua ibubapa aku sudah melakukan yang terbaik untuk membesarkan kami semua. Terima kasih mak dan bapak aku!!! Keduanya dah meninggal dunia. Sepanjang zaman kanak-kanak aku dulu, aku menyertai trio yang dianggotai oleh abang dan adik aku. Kerana usia yang hampir sama dan gender yang serupa, kami sering bersama-sama dalam apa jua aktiviti. Tido, makan, pegi sekolah, main bola, lastik burung, mandi sungai, memancing, pegi kebun dan seanteronya. Abang aku tua setahun, nama glamor dia Togel. Entah sapa yang bagi nama tu aku tak pasti. Mungkin dia sering ditugaskan untuk mengejar ayam togel setiap kali musim raya tiba untuk buat rendang. Sorang yang berani mati dan agak bengis orangnya. Kenangan yang aku rasa tak dapat lupakan adalah masa dia terjatuh dari pokok jering. Masa k...